Salam & Selamat Pagi...
Alhamdulillah hari nie kiter berada di hari jumaat yang mulia...
Jumaat yang terakir utk tahun 2011 nie...
Moga kiter semua sentiasa berada dibawah rahmatNYA...
:-) ^_*
utk entri kali nie saya nak kongsi tentang SURAH AL-KAHFI...
selalunya setiap malam jumaat kiter semua akan membaca surah yassin...
tapi sebenarnya ada lagi satu surah sgt elok kiter amalkan dan baca di malam jumaat ataupown pada haari jumaat....
byk kelebihan yang kiter boleh dapat dalam surah nie....
tapi x semestinya kiter mengehadkan utk hanya mengamalkannya pada malam jumaat sahaja...
seperti juga mengenai bacaan surah yassin... tidak seharusnya kiter hanya mengkhususkan pembacaannya pada malam jumaat sahaja... kan elok kalau kiter amalkan pembacaan yassin pada setiap hari ;-)...
Surah Al-kahfi merupakan surah ke-18 yang terdapat didalam al-quran... surah ini mengandungi 110 ayat.. pada pendapat saya lagi elok kiter membacanya sekali dengan terjemahan, ianya akan menjadi lebih seronok kerana kiter akan dapat memahami setiap ayat yang ada dalam surah nie... ada banyak cerita yang disampaikan dalam surah nie utk teladan kiter bersama...
Kandungan Surah Al-Kahfi
1. Hikayat Sohibul Kahfi
2. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir A.S.
3.Kisah Zulkarnain dan Ya'juj & Ma'juj.
Hadis-hadis Berkaitan Surah Al-Kahfi
Dari Ali r.a. berkata : "Barang siapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka dia akan terhindar daari segala fitnah sehingga 8 hari akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya" (Tafsir Ibnu Kathir).
Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dibaca ke jumaat berikutnya" (HR Baihaqi).
Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa membaca 3 ayat daripada surah al-kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal". (HR Tarmizi)
Rasulullah saw bersabda: " Barang siapa yang menjaga 10 ayat dari surah al-kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat" Hadis bersumber dari Abu Darda dari Nabi saw (Tafsir Nur Ats-Tasaqalyn 3:243)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)
Kesimpulannya, apa kata mulai hari ini kiter mengamalkan pembacaan surah al-kahfi ini... semoga pa yang sya kongsikan ini dapat member manfaat pada semua yang membaca...
WALLAHU'ALAM
No comments:
Post a Comment